Saturday, August 22, 2009
pertama
Repent/Taubat
a. Mengetahui dan menyesali kesalahan yang dibuat.
b. Memohon keampunan daripada Tuhan dan pihak yang terlibat.
c. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
Pagi tadi sengaja aku telefon rumah waktu Subuh. Biasanya Ramadhan, diorang semua akan Subuh awal, lepas tu tidur. Tujuan utamanya, untuk sampaikan pendapat yang telah lama bermain di benak pemikiran aku. Sudah 4 kali aku cuba untuk sampaikan tetapi gagal, sama ada kerana emosi sendiri ataupun kerana semua orang pun nak cakap dengan aku. Hehe.
Semalam rancangannya adalah untuk emailkan sahaja tapi akhirnya aku call jugak. Mama sedikit mamai. Bagus. Aku kira, semalam aku dapat memberitahu Mama segala-galanya dengan agak diplomasi. :) Efeknya lebih baik daripada yang disangkakan. Aku jadi lebih tenang. Mama pun turut yakinkan aku untuk teruskan perjuangan atas kemampuan diri aku. :)
-----
Mungkin sekali penyesalan paling besar hidup sebagai seorang pelajar perubatan di Prague ini adalah kerana aku kurang berdedikasi. Lalai sungguh dengan Youtube, buku cerita, memikirkan terlalu banyak perkara remeh, dan ya, aku akui, aku bukanlah antara orang yang cukup kuat untuk berada dalam organisasi pentadbiran.
Aku gagal. Gagal untuk menjalankan kehidupan di atas muka Bumi ini mengikut panduan yang telah jelas tertulis dalam kitabNya.
Alhamdulillah, Tuhan itu maha penyayang, dan aku dibawa untuk menghadapi banyak cabaran yang telah membuatku berfikir banyak tahun ini. Masih tidak terlalu lewat untuk kembali menjalankan hari-hari yang ada, dengan penuh dedikasi sebagai seorang hamba.
Pepatah Melayu ada mengatakan, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya". Bagi aku, bila-bila sahaja kita menyesali kesilapan kita, jika kita bertindak mencari jalan penyelesaian dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut, semua penyesalan secara automatiknya akan menjadi berguna. :)
Impian saat kecil:
- Aku ingin menjadi seorang doktor. Tahun-tahun pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah dan di kolej pun, semuanya ditemani semangat aku untuk menjadi orang yang berilmu. Dari segala aspek kehidupan, kerana aku tahu tugas yang bakal kupikul bukanlah mudah, dan bukannya lumayan.
Impian sekarang:
- Aku ingin menjadi seorang doktor. Doktor yang cekap. Aku akui aku lalai sebelum ini, tapi aku tahu, tak terlambat bagiku. :) Sekali lagi meneruskan matlamat yang sekian lama terpadam daripada rancangan kehidupan aku. Kejar mimpi dengan segala kemampuan aku. Dan aku harus ketepikan perkara-perkara yang membawa kepada kecundangnya impian aku ini.
Anugerah kehidupan yang dikurniakan Tuhan ini, jika digunakan dengan salah, hanya akan merugikan diri aku sendiri.
Kerana Tuhan itu untuk manusia, bukan manusia untuk Tuhan.
Selamat berpuasa :D

Thursday, August 20, 2009
Monday, August 17, 2009
percaya
Aku percaya bahawa aku dapat melakukannya!
Aku percaya juga bahawa aku akan balik dengan gembira kalau perjalanan ke rumah adalah pulangan daripada usaha bersungguh-sungguh.
Yeah~ Physiology rockssss!!!

Sunday, August 16, 2009
bayi berpotensi
:) <- Memulakan post kali ini dengan senyuman.
Hari ini, celoteh akan dimulakan dengan sindrom tidur berjam-jam lamanya yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni. Mama cakap, "Tak apalah, biasalah tu, penat belajar. Jangan paksa diri sangat, kadang-kadang kena rehat juga".
Kata-kata ini menyebabkan satu perdebatan bermula antara aku dan Mama.
Tajuk debat: Benarkah aku tidur kerana penat belajar? Jeng jeng jeng~
(Jengx3 tu tak termasuk dalam tajuk, itu cumalah efek bunyi yang bertujuan menimbulkan saspens.)
Owh sungguh, topik ini tidak layak dibincangkan. Aku kira, jika kita hubungkaitkan usaha dengan satu pembolehubah, rasanya, tiada satu pun yang dapat dijadikan penentukur yang persis perkiraannya.
e.g.
- Usaha adalah cukup dengan membaca nota Pokorny; atau
- Usaha adalah cukup dengan membaca nota Pokorny, buku Guyton dan nota Basic ECG; atau
- Usaha adalah cukup dengan belajar 5 jam setiap hari; atau
- Usaha adalah cukup dengan membaca topik yang dijangka "hot" pada hari peperiksaan
Mungkin sekali adalah mencukupi andaikata kita berusaha sehingga kita tak dapat mengira usaha yang dilakukan? Jadi, usaha = infinity = cukup? No comment. Sebab ada orang belajar sampai gila. Dan itu tidaklah termasuk dalam kamus impian aku.
Serius aku bukan pakar motivasi. Maka, kalau ada yang mencari khidmat nasihat, sini bukan tempatnya, ini cuma coretan rasa hati dan pemikiran seorang pelajar biasa. :P
Dan akibat terlalu risau tentang sambal sotong yang sedang dimasak di dapur, perbualan aku dan Mama diakhiri dengan "jangan give up".
-----
Hmm, siapa yang ada penyelesaian bagi persoalan di atas? :P Yang pasti, yang aku belajar sepanjang hidup ni, kita masing-masing ada potensi diri sendiri.
Analogi:
Tatkala usia 9 bulan, ada bayi yang dah pandai berlari, ada yang baru belajar merangkak, ada yang pandai mengambil perhatian orang ramai dengan berteriak dll.
Begitu jugalah dengan sekarang.
Tatkala usia 20 tahun, ada orang pandai masak menggunakan rempah segera, ada orang pandai masak dengan merujuk kepada myrecipe.net, ada orang pandai masak dengan mencipta resipi suka hati, dan orang yang super terer memasak pulak dah buka restoran pun. :P
-----
Macam mana kita ke arah mencapai impian, meniarap? merangkak? berjalan? berlari? melompat?, semua tu bergantung kepada potensi dalam diri kita sendiri.
Analogi:
Seorang bayi pandai merangkak, seorang lagi pandai memanjat. Impian mereka adalah untuk menaiki anak tangga di rumah.
Dengan potensi yang ada;
Bayi yang merangkak bolehlah memberi "signal" kepada orang sekeliling supaya mendukung mereka, dan akhirnya berjaya menaiki anak tangga;
Bayi yang pandai memanjat tu pula, bolehlah panjat sendiri anak tangga tu.
Berjaya atau tak bayi-bayi tu, dah tertulis dalam takdir. Dan biasanya, takdir akan persembahkan kita dengan pengakhiran yang lebih baik andai kata apa yang kita mahu itu gagal dicapai. (i.e. Kalau bayi-bayi tadi dihalang menaiki anak tangga, adalah baik juga kerana ini mengurangkan kadar kecederaan kanak-kanak.)
Bayi-bayi pemalas tetapi mempunyai impian pula, janganlah malas, nanti susah nak berjaya.
Potensi diri, kalau kita dapat gunakan sebaik mungkin, memanglah akan jadi satu senjata yang dapat membawa kepada kejayaan.
Pesanan khidmat masyarakat ini aku tujukan untuk diri sendiri yang semakin hari semakin ..... (isi tempat kosong). Mari kawan-kawan! Bersenam, berbelajar dan bermaaf-maafan.
Aku kagum dengan dua video ini. (Cari pengajaran sendiri, sila jangan jadi bayi pemalas!)

Subscribe to:
Posts (Atom)